Mentua

Cast & Crew

Directors: Zamri Zakaria
Cast List: Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Syarul Ezani, Elizad Sharifuddin

Synosip

Mengisahkan Azizah (Fauziah Dato’ Ahmad Daud), seorang ibu dan isteri yang dominan, merasa terancam dengan kehadiran menantu baharunya, Emilia (Elizad Sharifuddin), yang berkahwin dengan anak sulungnya, Amir (Syarul Ezani). Azizah menampilkan dirinya sebagai seorang yang anggun, berjaya, dan sentiasa dipandang tinggi oleh keluarga serta masyarakat setempat. Sebagai tunggak keluarga, dia percaya bahawa dirinya akan sentiasa dihargai dan dikasihi. Dia selalu berpesan kepada anak-anaknya, “When you marry a woman, make sure you marry one as capable as your mother.”