Pinjaman Syurga

Cast & Crew

Directors: Shuhaimi Zulkifli / Bob Fikri
Cast List: Janna Nick, Gambit Saifullah, Keith Foo, Adik Muhammad Akif

Synosip

Pinjaman Syurga berkisahkan Natasha (Janna Nick) dan Taufik (Keith Foo) adalah pasangan muda yang berkahwin sebaik sahaja tamat pengajian. Selama 5 tahun perkahwinan, mereka dikurniakan zuriat bernama Haikal (Muhammad Akif), dan taraf kehidupan mereka juga semakin baik apabila Natasha dan Taufik dinaikkan pangkat di syarikat masing-masing. Namun, tanpa disangka, anak tunggal mereka disahkan menghidap autism apabila ramai yang menegur tentang “speech delay” Haikal. Pasangan ini tidak mampu menerima keputusan doktor dengan hati yang terbuka. Ibu Taufik (Laila Nasir) cuba menyalahkan keturunan keluarga Natasha. Taufik juga telah berubah menjadi seorang yang bengis dan tidak lagi membelai anaknya itu dengan kasih sayang.